Bimbang isu menjadi ‘barah’, Family Empowerment (Fame) menggesa agar masyarakat bukan sahaja diberi kefahaman berkaitan Akta Kanak-Kanak yang terkini tetapi juga pelaksanaan undang-undang berkaitan secara tuntas.

Senario terkini itu menunjukkan betapa mustahak untuk kita mewujudkan satu sistem jaringan keselamatan menyeluruh bagi melindungi hak asasi kanak-kanak.

Sehubungan itu, Fame menggesa agar pendukung hak asasi manusia khususnya kanak-kanak lebih proaktif dalam memberikan sokongan diperlukan serta membentuk kerjasama secara berstruktur agar gerak kerja untuk menambah baik sistem sedia ada dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

PROFESOR MADYA DR. HASLINDA ABDULLAH

Presiden Fame