Satu masalah yang terdapat di kawasan ini adalah terdapat banyak rumah yang tidak berpenghuni sehingga menyebabkannya terbiar dan terdedah kepada perbuatan vandalisme.

Banyak rumah dipenuhi semak samun yang menarik kedatangan binatang berbahaya dan turut menjadi tempat melepak penagih dadah.

Saya berharap sesuatu dapat dilakukan bagi mengembalikan kemeriahan kawasan berkenaan termasuk mendirikan lebih banyak kilang di situ bagi membolehkan rumah disewa kepada pekerja asing.

Dalam pada itu, terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Pusat yang membuka Jalan Pintas Rawang-Serendah pada November lalu, kerana telah memberikan keselesaan kepada penduduk di Bukit Beruntung.

HAJI KAMAL

Bukit Beruntung