BANTUAN untuk golongan asnaf menjadi usahawan dapat menukar penerima zakat menjadi pemeberi zakat kelak. GAMBAR HIASAN/BERNAMA

PENDUDUK Bandar Raya Shah Alam menggesa agar pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membaik pulih dengan segera sebuah poster besar yang telah lusuh di Seksyen 12.

Poster besar yang dimaksudkan terletak di Persiaran Kayangan. Ia mempamerkan wajah Sultan Selangor bersempena ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-69 pada 11 Disember 2014.

Sebelum ini, penulis sendiri pernah menulis kepada Datuk Bandar Shah Alam pada 8 Julai lalu. Namun, tiada apa-apa tindakan diambil oleh MBSA setakat ini.

Penduduk Bandar Raya Shah Alam merasakan bahawa sudah sampai masanya MBSA membuat pemantauan yang rapi dan sistematik untuk mengenal pasti dan memperbaiki mana-mana poster besar dan kecil yang telah lusuh atau rosak di seluruh Shah Alam.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam