PAPARAN DailyMail Online pada 6 September lalu. GAMBAR IHSAN PEMBACA

Lebih mengejutkan, suspek yang masih mempunyai organ seks lelaki ditahan di dalam penjara wanita di West Yorkshire, Britain dan beberapa hari kemudian telah mencabul kehormatan empat tahanan wanita.

Lelaki yang ‘merasakan’ dirinya seorang wanita itu juga pernah dipenjarakan pada 2001 di atas serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Di Malaysia, ramai pula yang sentap bila sepasang kekasih lesbian dikenakan hukuman rotan oleh Mahkamah Syariah di Terengganu, baru-baru ini.

Golongan yang cuba mempertahankan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak nampak implikasi ‘menghalalkan’ gaya hidup songsang ini terhadap masyarakat di Barat, apatah lagi impaknya terhadap masyarakat di negara ini.

Lelaki ‘berlakon’ pondan bakal menjadi satu masalah besar kelak, bukan sahaja dalam menceroboh tandas wanita malah mendapatkan kepercayaan mendekati seterusnya mencabul mahupun merogol wanita.

Begitu juga trend lelaki yang berlakon sebagai gay untuk mendekati atau mendapat kepercayaan wanita. Filem-filem Hollywood sendiri sudah menggambarkan situasi ini kononnya usaha mendapat ‘cinta’ wanita tetapi dalam konteks Malaysia boleh dijadikan cara menjerat dan menganiaya wanita.

Memang bukan salah golongan LGBT apabila ada penjenayah cuba menggunakan nama mereka untuk membuat onar tetapi ‘laluan’ itu dibuka apabila gaya hidup songsang cuba dihalalkan sehingga sukar membezakan mana satu ‘jantan betina’.

Saya berdoa semoga wanita yang menyokong mahupun perempuan dalam keluarga penyokong LGBT tidak berdepan situasi mangsa cabul seperti dalam kes ini kelak.

TULEN BANG

Petaling Jaya