Membaca paparan tersebut menyebabkan kegemparan dalam kalangan calon dan menimbulkan beberapa persoalan. Pertama, tempoh 32 hari selepas surat penangguhan dikeluarkan, apakah yang menyebabkan PDRM mengambil keputusan membatalkan surat tawaran calon-calon berkenaan?

Saya berharap PDRM dapat menyelesaikan kekusutan kami ahli-ahli keluarga calon yang terjejas ini dengan menjawab semua persoalan berikutan pembatalan tersebut.

Akhirnya, saya merayu kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM terutama pegawai-pegawai Jabatan Pengurusan PDRM untuk menarik balik keputusan pembatalan surat tawaran konstabel wanita yang telah dikeluarkan.

Saya juga berharap Suruhanjaya Pasukan Polis di bawah Kementerian Dalam Negeri dapat membantu calon-calon yang dikira gagal ini. Jika benar calon-calon ini tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki semakan seminggu itu, diharap ada penjelasan yang munasabah diberikan kepada mereka agar dapat menambahbaik diri untuk mencuba lagi pada masa mendatang.

WARGA ULU KINTA