Semua masyarakat yang terpelajar di seluruh dunia berkeinginan belajar di sini. Maka, tidak menjadi sesuatu yang luar biasa terdapat ramai pelajar dari negara China cuba merebut peluang keemasan belajar di sini terutama di MIT.

Kedai-kedai buku di kota ini banyak dipenuhi oleh tulisan para pensyarah mereka sendiri dan ada juga mahasiswa kedua-dua universiti tersebut.

Bahan-bahan terbitan mereka mempunyai kualiti dan bermutu tinggi. Contohnya, Peofesor E. O. Wilson yang umur beliau hampir 100 tahun masih bekerja dan sentiasa menghasilkan terbitan terkini. Buku beliau yang terakhir ialah Half-East mengenai Borneo termasuk Kalimantan, Sarawak, Sabah dan Brunei.

Di Malaysia, ramai pensyarah yang berpengalaman tidak sampai usia 75 tahun telah diberhentikan. Sedangkan di Indonesia untuk pencen perlu mencapai usia 75 tahun.

Yang anehnya, kebanyakan daripada mereka digantikan dengan pensyarah luar negara termasuk dari negara-negara miskin yang tidak ditapis dengan betul.

Sayangnya di Malaysia ada ahli akademik yang dinaikkan pangkat sebagai profesor tanpa ada bahan penulisan bermutu dan berkualiti.

Profesor ini kemudian dijadikan sumber rujukan oleh pihak kementerian hanya berdasarkan pengalaman mengurus sahaja. Maka terjadilah hakisan ilmu pengetahuan yang tulen dan ilmu menjadi bahan jenaka.

Saya berharap sangat mereka yang dipilih memenuhi kateria akademik yang setimpal. Banyak membaca dan banyak menulis. Diharap juga penggunaan bahasa Inggeris yang baik dan jitu selain daripada penguasaan bahasa Melayu.

PROFESOR 
MASHHOR MANSOR

Universiti Sains Malaysia (USM)