Namun baru beberapa hari sahaja diumumkan sebagai calon, beliau dipersoalkan kelayakan akademiknya.

Baru-baru ini, warganet dapat menghidu penipuan calon ini di akaun LinkedIn.com miliknya.

Melalui biodata akaun itu tercatat kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Mobile Communication pada tahun 2012-2016.

Namun selepas terkantoi, Aiman Zainali memberikan alasan ‘terlupa’ untuk mengemas kini akaun tersebut.

Bagaimana seseorang yang belum lagi diiktiraf memiliki sesuatu kelayakan tetapi sudah meletakkannya di dalam biodata? Tidakkah ini penipuan kelayakan akademik?

Kini dalam risalah biodata calon itu dikatakan sedang melanjutkan pelajaran PhD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik iaitu bidang berlainan daripada kelayakan ‘asal’ di akaun LinkedIn.com miliknya.

Bagi pendapat saya, jika benar Muhammad Aiman masih belajar, lebih baik beliau memberi fokus sepenuhnya terhadap pengajiannya terlebih dahulu.

Takut-takut nanti bila sudah jadi wakil rakyat, ada pula kenyataan ‘terlupa’ mahu tunaikan janji. Perkara ini lebih bahaya daripada terlupa kemas kini biodata.

Kita juga bimbang bila sudah jadi wakil rakyat, beliau akan jadi seperti wakil-wakil rakyat lain yang tidak habis belajar. Malah ada yang sanggup menipu kelayakan akademiknya.

Jadi lebih baik, penduduk Semenyih mengangkat calon lebih berpengalaman dan layak seperti Zakaria Hanafi, calon Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kawasan itu.

DHIA HANI

Persatuan Pemikir Muda Johor