Namun begitu, adalah jelas apabila melakukan atau pun membuat kenyataan kurang bijak bukanlah halangan untuk mengharungi kejayaan politik. Terkini kononnya sudah berkurangan ahli politik yang ‘kurang atau tidak bijak’ menjadi wakil rakyat sejak PRU-14.

Dari pandangan cetek saya, pendidik juga mempunyai persamaan dengan ahli politik. Ini adalah kerana kini mereka yang dikatakan tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan universiti tidak akan menjadi ‘perwakilan’ yang bertenaga dan berpengaruh.

Ahli politik yang terpilih sering dikecam jika reputasi rendah, begitu juga pendidik. Secara amnya, kesilapan dan kelemahan ini adalah berpunca daripada ‘ahli politik’ itu sendiri. Tetapi adalah tidak wajar menganggap semua ahli politik mahu pun pendidik adalah sedemikian.

Jika memang benarlah perkara ini berlaku, maka seluruh jentera infrastruktur akan runtuh. Andainya kita cuba ‘mengecam keras’ mereka ini, bersedialah menghadapi ‘manipulasi kekuasaan’ mereka jika sanggup.

Ahli politik akan mencipta beberapa dasar yang tidak dijangka melalui kenyataan ‘dahsyat’ yang sering berubah dan tidak tetap pendirian.

Ramai juga yang lemah dan tidak sesuai untuk memimpin. Ahli politik menjanjikan penambahbaikan atau melakukan sesuatu yang tidak popular, jelas mereka tidak mengotakan janji. Jaminan hanya mainan bahasa.

Untuk rekod, bukan semua ahli politik bersikap ‘tidak bijak’, mereka yang berjaya mengekalkan kedudukan atau kerusi melebihi dua penggal merupakan mereka yang berjaya mengurus dan mengekalkan strategi terancang dengan baik.

Kita tentunya tidak boleh berasa gembira dengan kekurangan sistem kita sendiri. Kita turut diwakili oleh mereka yang tidak kompeten dan yang tidak masuk akal. Berapa ramaikah wakil rakyat kita yang boleh dianggap sebagai ‘pintar, bijak, versatil’ berbanding ‘yang licik’?

Siapakah antara wakil rakyat kita sebenarnya sangat pintar dan hebat, tetapi berpura-pura seperti tidak gah? Adakah ini bermakna mereka yang bijak harus berpura ‘bodoh’ untuk mencapai kejayaan politik?

Banyak perkara tentang politik adalah kompleks dan rumit. Cubaan untuk mengurus dan mentadbir negara dengan berkesan tentunya mempunyai keperluan dan tuntutan berbeza.

PEMERHATI RAKYAT

Selangor