SAYA kecewa dengan layanan acuh tidak acuh petugas Poslaju di Pejabat Pos Malaysia cawangan Taman Melawati, Selangor semalam.

Saya dan rakan bagaikan peminta sedekah apabila pertanyaan kami tidak berapa dilayan selain riak wajah dan bahasa badan yang sangat tidak sesuai terhadap pelanggan.

Sudahlah perlu beratur dan menunggu lama dalam ruang yang sempit ditambahkan lagi dengan sikap petugas yang begitu menyedihkan, seolah-olah mereka tidak suka bekerja.

Jika ada pilihan pasti saya akan beralih daripada perkhidmatan Poslaju ini.

Kasihan dengan pihak pengurusan Poslaju yang mencanangkan perkhidmatan mereka adalah terbaik tetapi segelintir petugas pula memberi imej yang negatif.

 

PELANGGAN KECIL

Kuala Lumpur