Produk yang sudah tentu halal lagi bersih dan berkualiti ini dapat memberikan kepuasan kepada semua pelanggan tidak kira kaum. Mereka pasti akan merasa puas hati tanpa was-was tentang kebersihannya.

Harga barangan juga hendaklah berpatutan mengikut harga semasa dan jika perlu diselaraskan di semua Kedai Mesra Petronas. Difahamkan premis tersebut adalah juga sumber utama pendapatan stesen Petronas.

Stesen minyak Petronas juga diharap tidak menjual rokok dan pemetik api serta disarankan apabila masuk waktu solat, seruan azan hendaklah dikumandangkan walaupun perlahan tahap bunyi sebagai mengingati dan menghormati umat Islam menunaikan kewajipan mereka.

Ruang untuk bersolat atau surau hendaklah berkeadaan bersih dan selesa serta tidak terlalu sempit atau tidak diselia dengan baik. Begitu juga tandas hendaklah berkeadaan bersih selalu.

Dicadangkan juga agar stesen Petronas meletakkan papan tanda amaran supaya pelanggan tidak menggunakan telefon bimbit sama ada di luar atau dalam kenderaan.

SYED ABDULLAH 
SYED OSMAN
Ampangan