Mudahnya jadi Perdana Menteri, ketika krisis kewangan, ringgit ditambat pada kadar RM3.80 bagi AS$1. Implikasinya besar dalam jangka panjang.

Bila Perdana Menteri terdahulu betulkannya, dia mahu jadi Perdana Menteri semula.

Kepada Dr. Mahathir, jangan begitu. Jangan gunakan 1MDB sebagai alasan untuk menjual aset-aset Petronas. Mengaku sajalah tujuan menjual aset-aset Petronas hanyalah untuk tepati janji-janji manifesto Pakatan Harapan.

Bukan semua orang yang beliau lantik itu pakar dalam ekonomi, kami pun tahu mengira juga. Jangan kerana nak menunjuk pada rakyat yang kerajaan Pakatan Harapan boleh dipercayai semua aset negara hendak dijual.

Mengaku sajalah, ekonomi kita dalam keadaan kukuh walaupun ekonomi dunia tidak menentu dan harga minyak juga tidak menentu. Satu keajaiban Datuk Seri Najib Tun Razak pulihkan ekonomi negara berbanding sewaktu Dr. Mahathir tinggalkan negara.

Kepada Najib, berdirilah dengan teguh. Biarlah mereka kata Najib penyangak duit kerajaan atau apa-apa saja. Bila waktu dan harinya sampai semuanya akan ditunjukkan kebenarannya. Saya akan setia di belakang Najib sama seperti dahulu.

AZAM

Johor