Mereka telah diberi amanah untuk membuat keputusan yang tepat demi kepentingan lebih 17,000 ahli KOTA MAS. Oleh itu diharapkan mereka akan melaksanakan mandat yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

Buatlah keputusan yang bijak dan tepat dengan memilih generasi baru berwibawa bagi menerajui koperasi tersebut bukannya terus mengekalkan atau memilih `Kumpulan G11'. Elakkan KOTA MAS daripada diperalatkan oleh pihak luar yang berkepentingan. Apapun saya hanya boleh memberi pandangan dan pendapat, akhirnya keputusan terletak kepada perwakilan untuk menentukannya.

Sebagai ahli KOTA MAS, saya mengucapkan selamat menunaikan tanggungjawab kepada seluruh perwakilan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi hidayah untuk membuat keputusan tepat demi masa depan koperasi yang kita sayangi ini.

- AHLI KOTA MAS<br>KUALA LUMPUR