Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pertimbang sistem CPD yang lebih adil

TINDAKAN Kementerian Kesihatan melakukan perubahan dengan mewajibkan pengumpulan mata (CPD) kepada semua pengamal perubatan dan menaikkan sijil pengamal tahunan (APC) disifatkan sebagai satu tindakan drastik tanpa perbincangan menyeluruh.

BEBANAN tambahan kepada pengamal perubatan termasuk syarat-syarat perkhidmatan tidak munasabah dikhuatiri akan menjejaskan penjagaan kesihatan orang awam. GAMBAR HIASAN

Tiada perbincangan dilakukan oleh kementerian itu berhubung perkara tersebut di peringkat individu mahu pun persatuan. Ini termasuk mewajibkan pengambilan insurans perlindungan kesihatan kepada semua pengamal perubatan Malaysia.

Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) mendapati APC mewajibkan semua pengamal perubatan memiliki minimum 20 mata CPD menjelang tahun 2020 di samping insurans terbabit pada 2019 selain kenaikan yuran tahunan yang bermula tahun hadapan.

Untuk memperolehi minimum lima mata CPD, seseorang pengamal perlu hadir kursus Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) selama dua hari.

Kos yang perlu ditanggung adalah yuran pendaftaran dan bayaran locum (pengganti doktor) di klinik masing-masing. Selalunya lokasi kursus diadakan di Lembah Klang, menyebabkan doktor yang berada di luar kawasan memerlukan kos tambahan seperti kos pengangkutan, penginapan hotel dan juga bayaran kepada doktor ganti di klinik mereka.

Kos untuk menghadiri kursus tersebut adalah lebih RM2,000. Kalau 20 mata seseorang perlu menghadiri empat kursus setahun yang boleh mencecah sehingga RM10,000 seorang.

Perdim menyarankan agar Kementerian Kesihatan mempertimbangkan agar tiga tahun pertama hanya 10 mata CPD diwajibkan dan apabila semua pengamal sudah biasa barulah dinaikkan kepada 20 mata CPD.

Pilihan kedua adalah kementerian hendaklah menganjurkan lebih banyak kursus yang boleh diikuti pengamal perubatan khususnya tanpa mengenakan yuran pendaftaran.

Segala aktiviti persatuan seperti mesyuarat agung tahunan hendaklah diberi mata CPD termasuk mesyuarat-mesyuarat lain yang melibatkan pengamal perubatan terpaksa meninggalkan klinik mereka.

Perdim juga mencadangkan agar doktor yang memberi taklimat kepada orang ramai turut mendapat mata CPD.

Penguasaan pemberian mata CPD oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) amat menyusahkan pengamal perubatan yang berjumlah lebih 37,000 orang kerana hanya sebilangan kecil daripada mereka menjadi ahli dan keahliannya juga bukannya percuma.

Apa yang berlaku sekarang, pemberian mata CPD adalah secara saksama, hanya ahli MMA sahaja mendapat mata CPD tetapi ahli persatuan lain kadang-kala tiada mata CPD walaupun menghadiri pelbagai kursus.

Perdim berharap persatuan lain juga boleh menjadi pengumpul mata CPD seterusnya memberi maklumat mata kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Pada masa sama, kementerian diminta memperbanyakkan CME secara dalam talian supaya pengamal perubatan boleh menghadiri kursus tersebut tanpa memerlukan mereka meninggalkan klinik.

Berhubung mewajibkan insurans perlindungan pengamal perubatan kepada doktor, ia dilihat sebagai cara memberi keuntungan kepada syarikat insurans. Terdapat perbezaan insurans sekarang iaitu antara RM800 sehingga RM1,500 setahun mengikut syarikat insurans.

Kementerian Kesihatan hendaklah meletakkan harga siling kepada insurans tersebut agar kekal murah dan seharusnya dibuka kepada semua syarikat insurans dan bukannya melantik syarikat tertentu sahaja bagi mengelak monopoli dan kenaikan premium. Seperti insurans kereta yang diwajibkan kepada semua kenderaan, insurans harus memiliki mekanisme rebet bagi pengamal perubatan tidak membuat tuntutan kerana tiada saman dikenakan ke atas mereka.

Perdim berharap Kementerian Kesihatan sedia mempertimbangkan masalah pengamal perubatan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat adalah terbaik serta tidak meningkatkan kos kesihatan yang terpaksa ditanggung.

DATUK DR. AHMAD 
SHUKRI ISMAIL

Presiden Perdim

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain