Ini adalah tindakan bijak dan baik kepada murid dan ibu bapa. Rakyat seharusnya tidak perlu mempersoalkan langkah kerajaan itu.

Memang terdapat pelbagai pandangan dan alasan boleh diberi untuk menyokong atau membantah.

Namun, yang paling penting ialah kesan terhadap pembelajaran anak-anak itu sendiri.

Di sini saya terpanggil untuk mengesyorkan agar kerajaan juga memikirkan langkah menukarkan warna baju murid dan pelajar sekolah dari warna putih kepada warna lain seperti kuning, hijau, biru dan sebagainya.

Alasan yang sama boleh diberi kerana baju putih cepat kotor.

PEMIKIR AKADEMIK

Melaka