Tuduhannya ialah membeli sesuatu bukan dengan harga yang sebenarnya serta menggunakan pengaruhnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tuduhan belum selesai dibicarakan. Dimaklumkan baharu 20 orang saksi memberikan keterangan. Ada lagi 25 orang yang belum memberikan keterangan.

Kes/tuduhan ini menyerupai dengan tuduhan yang dihadapi oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo iaitu membeli sesuatu bukan dengan harga yang sebenarnya serta menggunakan pengaruhnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Kalau Khir boleh didapati bersalah, kenapa pula tuduhan terhadap Guan Eng digugur atau dibatalkan?

Kedua-dua kes ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dengan terbatalnya tuduhan terhadap Guan Eng, adakah nama SPRM turut terjejas?

Rakyat kemudian dikejutkan pula apabila sekali lagi Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan untuk menyemak semula pembatalan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng.

Sebelum ini juga, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahtir Mohamad ada menyatakan bahawa beliau terkejut dengan pengguguran kes terhadap Guan Eng walaupun perbicaraan belum selesai.

Sehubungan itu, disyorkan supaya mereka yang terkejut dengan apa yang berlaku supaya mengemukakan rayuan supaya kes tersebut dibuka semula.

Dalam pada itu, memandangkan Guan Eng kini sudah bertugas di peringkat kerajaan Pusat, maka tuduhan terhadapnya hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 

BENCI RASUAH

Johor