Ini kerana jalan tar yang dianggarkan sejauh dua kilometer itu terlalu sempit dan sukar dilaluan apabila berselisih sesama kenderaan. Tambahan pula jika laluan itu melibatkan kenderaan berat.

Berkaitan dengan masalah permohonan projek melebarkan jalan tar ini juga telah beberapa kali dikemukakan namuhn hingga kini tiada sebarang perkembangan.

Saya tertarik hati dengan kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 24 Mei 2018 (muka surat 5) dengan tajuk ‘Perlu Kritik Kerajaan’.

Sehubungan itu, kami bertindak mengemukakan permasalahan ini dalam akhbar Utusan Malaysia agar kerajaan Pakatan Harapan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, dalam pertemuan saya dengan Ketua Kampung Parit Samijan, Salleh Kamari baru-baru ini, beliau memberitahu bahawa pelebaran jalan tar di sini memang sudah sampai masanya perlu dilaksanakan supaya tidak menjadi rungutan orang ramai.

Pihak Telekom Malaysia (TM) juga diharap agar dapat mengubah suai kedudukan tiang TM yang lama sebanyak empat tiang bagi tujuan kemudahan projek jalan tar itu nanti.

MISKAM JASMAN

Batu Pahat, Johor.