Para petugasnya dilihat amat membantu dan sangat efisien dalam melakukan tugas. Malah mereka juga mesra melayani segala persoalan berhubung proses penamaan dan tuntutan waris terhadap caruman ahli apabila berlaku kematian.

Hasil penerangan jelas, alhamdulillah, urusan permohonan saya untuk pengeluaran caruman arwah abang yang meninggal dunia akibat kanser telah diproses berdasarkan penama yang diletakkan kepada saya baru-baru ini. Saya berharap budaya kerja cemerlang seperti itu dapat dikekal dan dipertingkatkan lagi pada masa depan.

MOHD. LAHMUDDIN WAHAB
Rawang