Sehubungan itu, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan akta khusus berkaitan isu gangguan seksual agar kesalahan berkenaan dapat diselesaikan mengikut peruntukan undang–undang lebih jelas tanpa menggunakan peruntukan akta lain.

Dalam memperkenalkan undang–undang khusus tersebut mesti mempunyai dua matlamat penting. Pertama, mengkehendaki para pekerja secara proaktif mencegah gangguan seksual. Kedua, menyediakan kepada mangsa satu pembelaan undang–undang yang lebih sesuai, berkesan dan bermakna.

Yang pasti, isu gangguan seksual tidak boleh dianggap sebagai masalah peribadi dalam sesebuah organisasi. Masalah ini juga tidak boleh dipandang remeh kerana isu itu turut melibatkan masa depan mangsa dan juga imej organisasi. Menangani masalah gangguan seksual adalah tanggungjawab bersama.

DR. MUZAFFAR 
SYAH MALLOW

Universiti Sains Islam Malaysia