Pada masa sama, tular video Ahli Parlimen Kepong melayan puluhan ribu orang Cina yang didakwa rakyat tempatan tanpa dokumen atau pemegang taraf penduduk tetap yang mahu mendapatkan kerakyatan Malaysia baru-baru ini.

Isu ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi serong apatah lagi apabila Perdana Menteri sendiri dilaporkan berkata kerajaan akan menawarkan kerakyatan kepada warga asing yang mempunyai kemahiran tertentu.

Saya harap Kementerian Dalam Negeri khususnya Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara membuat penjelasan mengenai isu ini memandangkan setiap kali musim pilihan raya dimainkan isu 40,000 warga Bangladesh diberi MyKad sebagai pengundi hantu.

Tiba-tiba muncul pula 200,000 ‘pengundi hantu’ baharu yang hampir pasti bakal menerima MyKad biru tidak lama lagi.

Rakyat cuma mahu memastikan mereka yang memenuhi syarat ketat kewarganegaraan sahaja diterima.

Cukuplah sudah ramai warganegara yang tidak sayangkan negara malah terkial-kial bertutur bahasa kebangsaan, jangan ditambah lagi jenis serupa. Jangan pula sampai Pilihan Raya Umum Ke-15 orang Melayu dan pribumi sudah jadi minoriti pula.

SHAM SPANAR

Rawang, Selangor