Seramai 152 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 45 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditangkap.

Ini terdiri daripada 11 warga Indonesia (lima lelaki, empat wanita , seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan), 25 lelaki warga Bangladesh dan sembilan lelaki warga Myanmar.

Ops Mega 3.0 di Pulau Pinang akan mengejar PATI ke segenap tempat khususnya kilang, kedai, restoran, rumah, ladang, tapak pembinaan, pusat hiburan dan sebagainya bagi memburu PATI.

Saya harap operasi ini dilaksanakan dengan ketat bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di seluruh negara kerana rakyat Malaysia sudah muak melihat muka PATI di merata tempat.

Lebih menyakitkan hati apabila mereka berlagak samseng mengalahkan warga tempatan, berbuat sesuka hati membawa budaya dan gaya hidup negara mereka ke Malaysia tanpa rasa gentar dikejar pihak berkuasa.

AMEERA AMEER

Pulau Pinang