Papan tanda ini terletak di Persiaran Kerjaya (selari dengan Jalan U1/73) di persimpangan Jalan Subang, Seksyen U1, Shah Alam.

Merujuk kepada gambar yang saya ambil sendiri, kesilapan pertama ialah berkenaan ejaan yang kurang tepat. Ejaan yang betul ialah ‘kompleks’ dan bukannya ‘komplek’.

Kesilapan kedua ialah terjemahan untuk NKVE. Sebetulnya ‘Lebuhraya Baru Lembah Klang’. Untuk tujuan ini, saya sendiri telah bertanyakan melalui twitter dengan pihak berwajib iaitu PLUS Malaysia Berhad.

Justeru, pihak JKR adalah disarankan untuk membuat pembetulan dengan kadar segera.

Walaupun papan tanda ini sudah bertahun lamanya dipasang, tetapi sebelum ini tiada sesiapa pun yang tampil memberi maklum balas tentang kesilapan yang berlaku.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam