Bagaimanapun, tempat pembuangan sampah ini telah terbakar lebih setahun yang lalu. Melihat dari keadaan di situ, tiada apa-apa inisiatif dari pihak berkuasa tempat an untuk membaikinya.

Penduduk telah memberi maklum balas tentang suasana ini melalui twitter MBSA (@sacitycouncil) pada 18 Februari 2018 dan 19 Mac 2018. Tweet ketiga berkenaan subjek yang sama dikongsikan juga pada 2 Julai 2018, dan di e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam.

Namun, sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil oleh MBSA. Ini terbukti daripada dua keping gambar yang dirakamkan pada pagi 10 Julai lalu.

Penduduk mengharapkan agar MBSA bertindak segera memperbaiki keadaan.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam