Air panas semula jadi seperti yang terdapat di Gadek ini dipercayai mengandungi belerang dan dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit. Selain itu, terdapat banyak kelebihan lain seperti mengurangkan tekanan dan melegakan ketegangan otot.

Bagaimanapun agak malang apabila tahap kebersihan kolam air panas di Gadek ini tidak diuruskan dengan baik. Rata-rata kolamnya berlumut. Terdapat juga kolam-kolam terbiar yang tidak digunakan.

Buaian yang disediakan juga tidak diselenggara dengan baik, malah ada yang sudah patah. Diharap pihak pengurusan tempat ini atau Majlis Daerah Alor Gajah segera membuat penambahbaikan terutama dari segi kebersihan agar kolam air panas ini mampu menjadi tarikan pelancong khususnya di kawasan Alor Gajah.

ZACK

Tampin