MENARA jam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang rosak dirakam pada 10 April lalu. GAMBAR IHSAN PEMBACA

Menara jam ini terletak di belakang kawasan kantin MSSASS yang juga dikenali sebagai Masjid Negeri. Tempat rekreasi ini popular dengan orang ramai yang datang untuk beriadah.

Para pengunjung juga merasakan bahawa tidak elok bagi kawasan menara jam ini dibiarkan dalam keadaan yang tampak terbiar (run down).

Saya sendiri pernah mengunjungi kawasan tersebut pada awal April 2018 lalu dan merakamkan gambar seperti yang tertera. Namun, sehingga cerita ini ditulis, keadaan jam tersebut masih belum berfungsi.

Dengan maklum balas ini, adalah diharapkan agar pihak pengurusan MSSAAS mengambil tindakan positif untuk memperbetulkan kerosakan tersebut.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam