TAMAN Tasik Seksyen 7, Shah Alam agak popular dengan penduduk setempat untuk meluangkan masa beriadah dan juga berjoging sama ada pada hari bekerja dan di hujung minggu.

Pun begitu, keadaan trek joging di situ sudah tidak selesa lagi semenjak beberapa bulan yang lalu. Keadaan cacat di kebanyakan tempat dapat dilihat dalam gambar yang saya kongsikan.

Saya sendiri kerap beriadah di taman tasik ini dan telah pun memberi maklum balas kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan menulis e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam pada 5 Julai lalu.

Kunjungan saya pada 8 Ogos lalu mendapati keadaan masih tidak berubah. Adalah diharapkan agar pihak MBSA memperbaiki keadaan laluan ini dengan kadar segera untuk memberi keselesaan kepada penduduk Shah Alam.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam