Tugas pengacara majlis bukannya mudah sebaliknya memerlukan seorang yang komited dan berpengetahuan luas. Ini memandangkan pengacara majlis adalah nadi penggerak utama untuk sesebuah majlis apatah lagi jika melibatkan majlis rasmi.

Tugasnya akan menjadi lebih berat sekiranya terdapat kehadiran tetamu kenamaan yang bertaraf menteri. Mahu tidak mahu seseorang individu yang dilantik sebagai pengacara majlis harus membuat kerja rumah bagi memastikan majlis berjalan lancar.

Melakukan latihan sebelum acara sebenar bermula juga satu keperluan. Seorang pengacara yang baik juga haruslah berkebolehan serta mahir dalam berkomunikasi dengan yakin dan mestilah peka dengan keadaan sekeliling semasa majlis berjalan.

Akhir sekali, seseorang pengacara hendaklah aktif, tidak kaku dan tidak berbicara dengan aksi-aksi yang keterlaluan. Kemahiran bahasa juga diperlukan kerana seseorang pengacara majlis yang baik perlu tahu menyusun pengucapan bertata susila mengikut prosedur dan etika sosial.

ENCIK PROTOKOL

Perak