Walaupun dikatakan tidak sama pencapaian itu berbanding atlet normal, kejayaan ahli sukan orang kurang upaya (OKU) untuk mendapat pingat emas dalam kejohanan peringkat antarabangsa tidak boleh dinafikan.

OKU turut mewakili Malaysia, mengibarkan bendera sama, mengharumkan nama negara di peringkat dunia dan menewaskan atlet paralimpik profesional dari negara-negara lain.

Kejayaan atlet paralimpik itu, disumbang pelbagai faktor terutama sokongan ibu bapa sejak peringkat awal lagi dengan membeli peralatan sukan dan menemani anak mereka menyertai pertandingan.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh terlalu mendesak anak-anak untuk memenangi sesuatu kejohanan atau menetapkan lebih awal jenis sukan yang harus diceburi sehingga memberikan tekanan kepada mereka.

AZIZI AHMAD

Kuala Lumpur