Malah, sahabat baik akan memberi manfaat kepada kita walaupun masing-masing tidak memiliki hubungan darah yang sama. Sahabat baik itu sentiasa ada ketika kita memerlukan kehadirannya. Pada saat kita gembira, mereka turut tertawa. Pada saat kita berduka, mereka juga bersedih.

Namun, perlulah ada antara kedua-duanya sifat saling menguatkan antara satu sama lain. Pada saat sahabat baik memerlukan pertolongan, hendaklah kita menghulurkan tangan meringankan beban mereka.

Kadang-kadang, sahabat baik amat diperlukan bagi mengutarakan pendapat untuk mengatasi permasalahan yang kita hadapi.

Persahabatan yang terjalin itu perlu ada ciri-ciri positif termasuk kejujuran, kesetiaan, pengorbanan dan komitmen yang membawa kebaikan bersama.

Kesimpulannya, sahabat baik adalah umpama berlian yang terbenam di dasar lumpur. Walaupun diselaputi kotoran, masih tetap bersinar.

 

NUR AMALINA MOHD. OSMAN

Nilai