Namun, ramai penjawat awam termasuk guru dan pensyarah kini dilihat giat ‘berkempen’ menjelang pilihan raya umum akan datang.

Rata-ratanya mengutuk kerajaan dan mengangkat pembangkang malah ada yang mengedar risalah bagi pihak idola politik masing-masing ketika waktu kerja.

Hak masing-masing untuk menyokong mana-mana parti atau ahli politik tetapi mereka perlu profesional ketika waktu kerja dan jangan salah guna masa serta peralatan pejabat untuk kerja politik.

Anak saya sendiri sudah beberapa kali pulang memaklumkan cikgu mengutuk kerajaan malah menghasut anak-anak kecil ini mengajak ibu bapa ‘tukar kerajaan’.

Cuba faham majoriti pengundi tidak memihak kepada parti atau calon tertentu, perbuatan begini hanya akan menyebabkan semakin ramai malas mengundi atau terdorong mengundi pihak yang dikutuk.

ABDUL RAHMAN SALLEH
Pulau Pinang