Namun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kehidupan saya menjadi tidak menentu. Pembeli semakin berkurangan. Kerap kali tiada pendapatan harian disebabkan tiada pelanggan.

Setelah ditanya, ramai orang terutama kenalan dan pelanggan tetap menggatakan pendapatan mereka juga tidak menentu. Menurut pelanggan, mereka terpaksa mengehadkan perbelanjaan kerana harga barang melambung naik.

Saya yakin, jika ramai pelanggan sudah tiada kuasa membeli, yang menerima padah adalah peniaga. Dengan kata lain. tiada pergerakan ekonomi daripada pelanggan kepada peniaga seperti saya.

Jika keadaan ini berterusan, maka percayalah semakin ramai peniaga yang akan gulung tikar. Bermula dengan peniaga kecil diikuti peruncit, pengusaha restoran dan seterusnya pemilik pusat beli-belah serta usahawan.

Perkara ini akan berlaku cepat atau lambat sahaja. Pada masa sama, beban hutang akan bertambah kerana pelanggan dan peniaga terpaksa kerap meminjam.

Kepada mereka yang bergelar pemimpin kerajaan, cubalah cari formula terbaik untuk menyelesaikan kemelut ini. Mungkin anda tidak dapat merasakan masalah dan beban yang kami tanggung. Apa kata anda lepaskan jawatan itu dan cuba buka gerai serta berniaga di uptown pula.

PENIAGA UPTOWN

Permaisuri, Kuala Lumpur