Sehingga 27 September 2018, aduan saya tentang ganguan talian internet Unifi saya masih tidak dibaiki. Sebagai pelanggan jalur lebar Unifi yang berbayar, saya perlukan perkhidmatan terbaik daripada pihak Telekom Malaysia.

Namun, aduan saya tidak diambil perhatian serius oleh pegawai Telekom Malaysia. Ini kali kedua masalah ini berlaku. Pada bulan Jun lalu, saya mengalami masalah sama. Sila rujuk kepada laporan saya bernombor 1-24555776743 sebagai bukti.

Saya harap pihak atasan Telekom Malaysia dapat mengatasi masalah saya ini.

AZNAN AHMAD

Kuala Lumpur