STRES perlu ditangani kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan badan dan minda. GAMBAR HIASAN

Dalam erti kata lain, kemampuan seseorang menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang dilakukan.

Antara punca pengurusan masa yang tidak efektif adalah melengahkan masa terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Contohnya tugasan yang diberikan dirasakan terlalu sukar dan malas untuk membuatnya pada awal waktu kerana tiada desakan daripada pensyarah untuk segera menyempurnakan tugasan, yakin masih mempunyai banyak masa dan bermacam alasan lagi.

Perkara ini sudah menjadi tabiat bagi mahasiswa setiap semester malah azam yang dibina pada awal tahun untuk menyiapkan tugasan secepat mungkin selalunya terkubur begitu sahaja.

Namun, di sebalik punca-punca tersebut, sikap berlengah ini akhirnya menimbulkan stres. Apabila pelajar membuat tugasan pada saat akhir, biasanya hasil kerja juga kelam-kabut.

Masalah ini sering berlaku pada minggu akhir semester ketika tugasan-tugasan yang bertimbun bagaikan gunung perlu diselesaikan dalam jangka waktu singkat. Di sini akan mula muncul satu perasaan down, tekanan makin memuncak lalu membawa kepada rasa stres.

Kesimpulannya, mahasiswa harus menganggap masa seperti musuh dalam selimut yang diam-diam akan menjatuhkan kita tanpa disedari. Jika masa tidak diuruskan dengan baik, pasti timbul pelbagai masalah.

NOR SHAHIRAH MOHD. ZULKEFLI

Kedah