Mereka adalah wira kita, menggadai nyawa demi menyelamatkan orang lain walaupun berdepan dengan risiko terhadap diri sendiri.

Maka sesuai dengan tahap pengorbanan setiap anggota bomba itu, saya berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dapat menzahirkan setinggi penghargaan kepada 
waris keluarga mereka kelak.

Mereka telah pergi buat selamanya tetapi sekurang-kurangnya kita memberikan penghormatan terakhir selayaknya kepada mereka sebagai wira negara.

RAHMANPIN
Shah Alam