Pengangguran belia terutama graduan bermakna berlaku pembaziran sumber negara kerana kerajaan tidak mendapat pulangan sewajarnya selepas melabur dalam sistem pendidikan tinggi selain kerajaan terpaksa menanggung kadar pelaburan tidak setimpal.

Malah, harapan Malaysia untuk mencapai status negara maju agak mustahil dan keadaan itu boleh menjurus gangguan pertumbuhan pesat ekonomi negara. Isu pengangguran harus dipandang serius kerana saban hari masalah itu semakin kronik dengan peningkatan belia lepasan sekolah dan ijazah.

ALYA ILYANA ZAINA

Nilai, Negeri Sembilan