Seseorang warga di negara ini tidak layak diberi kemudahan masuk penjara atau lokap polis mahu pun lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Masuk lokap polis atau lokap SPRM adalah satu pengalaman baharu.

Baru-baru ini, satu laporan media massa menyebut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya agar beliau dibenarkan diikat jamin daripada ditahan semalaman di lokap SPRM.

Perkara itu dimaklumkan isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditanya wartawan sama ada suaminya akan ditahan.

Melihat kepada situasi ini, Ahmad Zahid juga didapati sedia untuk masuk lokap SPRM tanpa menimbulkan sebarang kerenah.

Sebagai ahli politik, seseorang perlu berani dalam semua perkara dan sehingga kini masih ramai ahli politik belum pernah masuk penjara dengan memberi pelbagai alasan.

Ada dalam kalangan ahli politik hanya sering diundang bagi merasmikan majlis tertentu dalam penjara sahaja.

Apa yang menarik, ada penduduk di negara ini sanggup mengulang dan melakukan perkara jenayah hanya untuk masuk penjara bagi mendapatkan makanan percuma.

Percayalah, penjara juga adalah sebagai tempat bagi seseorang untuk beristiqamah.

Kalau hari ini seseorang tidak pernah masuk penjara mungkin satu hari nanti dia boleh berbuat demikian.

Pada masa ini, bilangan kaum wanita yang masuk penjara kerana melakukan jenayah masih kecil berbanding kaum lelaki.

ABD. RAZAK OSMAN

Sungai Petani, Kedah