Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penerbit filem main wayang?

LEMBAGA Penapisan Filem dan sensitiviti umat Islam Malaysia dituduh
LEMBAGA Penapisan Filem dan sensitiviti umat Islam Malaysia dituduh sebagai punca penangguhan tayang filem Beaty and The Beast sedangkan tindakan itu diambil penerbit dan pengedar filem tersebut. GAMBAR HIASAN/AFP

SAUDARA PENGARANG,

PENUNDAAN mengejut tayangan filem Beauty and The Beast yang sepatutnya bermula pada hari ini dilihat telah menjejaskan imej Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dituduh menjadi punca penangguhan tersebut.

Tindakan penerbit filem tersebut mengeluarkan kenyataan umum yang mengelirukan turut menyebabkan pihak tertentu berani menuduh umat Islam Malaysia sebagai ekstremis kerana menyekat unsur gay dalam filem Walt Disney Pictures itu.

Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid telah menjelaskan pihaknya sudah lama menyiapkan tapisan dan hasil akhir telah diluluskan sehinggakan pengusaha pawagam boleh mengumumkan tarikh tayangan.

Namun, beberapa akhbar dan portal berita bahasa Inggeris memainkan isu tersebut seolah-olah berpunca daripada LPF dan sensitiviti umat Islam pula.

Jika tindakan penerbit filem itu menangguh tayangan sekadar gimik, saya sarankan pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan terhadap mereka kerana telah menjejaskan imej LPF, kerajaan dan negara khususnya bila dikaitkan dengan Islam.

Janganlah jadi kacang lupakan kulit seperti seorang bekas wakil rakyat berketurunan India di Pulau Pinang yang tidak sedar diri secara terbuka membenci Islam tetapi tidak malu pula tinggal dan mengumpul kekayaan dalam sebuah negara Islam.

KAKI DVD

Balik Pulau, Pulau Pinang

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain