Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Penentuan harga beri banyak manfaat

PAPARAN Utusan Online 30 Mac 2017.
PAPARAN Utusan Online 30 Mac 2017.

Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini, kerajaan telah menetapkan untuk memberikan hak kepada pengusaha stesen minyak bagi menentukan harga minyak di stesennya selagi tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan setiap minggu. Bagaimanapun, beberapa pihak bangkit dan mengatakan ini adalah satu kerugian besar terutama bagi pengusaha tetapi sebenarnya lebih ramai pihak akan mendapat manfaatnya.

Pihak pertama yang mendapat manfaatnya semestinya adalah pengguna. Pengguna dapat memilih stesen minyak yang dapat menawarkan pada harga paling berbaloi. Pengguna semestinya dapat menikmati pengurangan kos sara hidup kerana boleh memilih stesen minyak menawarkan pada harga paling rendah.

Pengusaha juga tidak terkecuali mendapat manfaatnya. Pengusaha dapat mengelak menanggung kerugian besar apabila harga ditetapkan pada penghujung bulan sahaja. Kerajaan akan menetapkan harga pada harga pasaran yang mana pengusaha membeli minyak itu dan menjualnya pada harga kompetitif di pasaran tempatan tanpa melebihi harga siling.

Jika berlaku kenaikan harga pun pada minggu itu, peningkatan kos itu hanya pada minggu itu, minggu depannya stesen minyak boleh menikmati kembali keuntungan dengan kenaikan harga siling minggu depan pula.

Tidak dinafikan akan ada beberapa pengusaha kini akan mengalami sedikit kesukaran dalam perang harga tetapi jika dilihat dari segi positif, pihak pengusaha akan lebih agresif selepas ini untuk cuba menawarkan inisiatif bagi menarik pengguna datang ke stesen minyak mereka.

Inisiatif ditawarkan semestinya membawa pelbagai manfaat kepada pengusaha, pengguna dan beberapa peniaga lain. Malah jika pengusaha mengalami kesukaran memikir inisiatif, mereka boleh menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar pemasaran untuk bersama-sama menyediakan strategi pemasaran lebih berkesan bagi menarik minat pengguna datang ke stesen minyak mereka.

Kalangan peniaga tempatan juga boleh bersama-sama mengambil peluang ini untuk menarik pelanggan ke tempat mereka dengan melakukan kerjasama dengan stesen minyak berdekatan. Contohnya, peniaga terbabit menawarkan diskaun minyak di stesen minyak berdekatan apabila pelanggan datang membeli barangan di kedai mereka.

Selain itu, peniaga juga boleh bekerjasama dengan pengusaha stesen minyak untuk memberikan baucer diskaun apabila pelanggan datang membeli minyak di stesen minyak berdekatan dengan peniaga tempatan itu.

Dari aspek lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan juga boleh mengadakan kerjasama dengan stesen minyak berdekatan dalam bentuk sumbangan. Contohnya, pengusaha stesen minyak meletakkan harga lima sen lebih tinggi bagi setiap liter berbanding stesen minyak berdekatan lain untuk disumbangkan kepada persatuan penduduk, pengurusan surau atau mana-mana NGO tempatan berdekatan mereka.

Ini semestinya menarik lagi minat orang ramai terutama ahli NGO tersebut untuk menyokong stesen minyak itu sebagai tanda sokongan kepada NGO terlibat. NGO tersebut juga dapat manfaat dengan bantuan kewangan yang berterusan daripada pengusaha dan apabila diadakan program, NGO ini dapat memberikan iklan percuma bagi mengajak orang ramai memberi sokongan kepada NGO tersebut.

Pelan strategik baharu kerajaan mungkin dilihat seperti meminggirkan sebahagian pihak tetapi jika dilihat dari jangka masa panjang, tindakan itu boleh membawa manfaat yang lebih banyak kepada seluruh rakyat Malaysia. Mungkin pada awal pelaksanaan perkara itu menjadi sesuatu yang janggal tetapi apabila sudah lama diimplimentasikan, hasilnya akan membawa kebaikan lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia.

HARIZ AMIRUL AIDI ROSLAN
Ahli Global Excellence and Leadership (GEL) Mara

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain