SAYA adalah penduduk Kampung Orang Asli BT4, Sungai Peria Sahom, Kampar, Perak. Di sini saya ingin memohon bantuan daripada pihak kerajaan bagi mendapatkan seunit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Harapan saya, permintaan ini mendapat maklum balas positif daripada pihak kerajaan sekali gus menjadi berita gembira buat saya dan keluarga. Saya sedia memberikan segala maklumat yang diperlukan bagi tujuan tersebut.
Adalah amat diharapkan permohonan saya ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak terlibat.
PENDUDUK MENGHARAP
Kampar, Perak.
‘Susah’ boleh jadi doa