Tidak dinafikan, sejak kawasan berhampiran pekan Bukit Bakri dilimpahi pembangunan pesat dengan pertambahan taman baharu, pusat perniagaan, sekolah dan klinik, jalan yang menghubungkan daerah Muar ke Batu Pahat melalui Yong Peng terlalu sibuk dengan kenderaan bertali arus pada waktu siang dan malam.

Kesibukan trafik itu amat menyukarkan penduduk setempat untuk menghantar anak ke sekolah mahupun ke tempat kerja terutama pada waktu pagi kerana untuk keluar simpang sahaja memakan masa antara lima hingga 20 minit!

Keadaan menjadi lebih teruk apabila kemalangan melibatkan motosikal pelajar sekolah yang kerap berlaku di simpang tersebut.

Justeru, saya merayu kepada pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya, polis dan ketua kampung setempat dapat mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah ini sebelum kemalangan maut berlaku.

DZANMUO

Bakri, Johor