Ini kerana majoriti peniaga di pasar ini terdiri daripada peniaga Melayu. Hanya sebilangan kecil sahaja peniaga Cina. Perkara ini boleh dilihat yang sibuk membel-belah ramai muka Melayu sahaja, kaum lain sangat kurang.

Jika sekiranya pasar ini dipindahkan juga ke Batu Dua akan menjadi kesulitan kepada penduduk di kawasan sebelah sini untuk membeli barang keperluan.

Tambahan pula kawasan ini ramai dihuni oleh penduduk Melayu yang mana suri-suri rumah boleh berjalan kaki sahaja ke pasar.

Juga, ramai kakitangan awam tinggal di kawasan berhampiran pasar ini seperti Kampung Gerik, Kampung Hulu Kenderong, Kampung Padang, Kampung Padang Kunyit, Kampung Air Panas, Kampung Pecah Batu dan taman-taman perumahan seperti Taman Gerik, Taman Sentosa. Kami mendapati sebahagian besar orang Melayu di tempat yang disebutkan tadi sentiasa berurusan di pasar besar ini.

Jika cadangan memindahkan pasar besar ini ke Batu Dua, peniaga Melayu bakal hilang pelanggan.

Jika alasan salah seorang ahli Majlis Daerah yang mengatakan bahawa kedudukan pasar ini ini perlu berada sama tengah di antara Kampung Kerunai dan Bandar Gerik, maka alasan ini janggal dan tidak boleh diterima sama sekali. Kami membantah sekeras-kerasnya cadangan memindahkan pasar ini.

WAKIL PENDUDUK

Bandar Gerik