Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), semua kanak-kanak tanpa mengira kewarganegaraan mereka, mempunyai hak untuk mendapat pendidikan rendah yang wajib dan percuma. Kerajaan perlu melaksanakan hak ini dengan sewajarnya.

Suhakam juga ingin mengingatkan komitmen kerajaan terhadap Agenda Pembangunan Lestari 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggariskan matlamat terhadap peningkatan kualiti hidup untuk semua tanpa ada sesiapa yang ketinggalan.

Bagi mencapai objektif ini dan mendukung elemen tiada diskriminasi, Suhakam mengesyorkan agar Parlimen membuat pindaan terhadap undang-undang sedia ada bagi memastikan semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan.

TAN SRI RAZALI ISMAIL

Pengerusi Suhakam