Pada asasnya sistem pendidikan di UK diwujudkan tidak berdepan dengan masalah latar belakang bangsa, agama dan adat.

Lagipun satu ketika dahulu ada dalam kalangan guru di Malaysia pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di sana dan sekarang ini semuanya sudah berubah kerana perubahan peringkat pendidikan guru telah berkembang pesat di negara ini.

Dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, banyak perkara yang tersirat dan tersurat telah difikirkan oleh pakar-pakar terlibat dalam penggubalannya dan amat menitikberat pembelajaran abad Ke 21.

Walau bagaimanapun mungkin juga terdapat serba sedikit masalah pelaksanaannya di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Lebih-lebih lagi perkembangan sains dan teknologi untuk berdepan dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Dalam melaksanakan pembangunan pendidikan di Malaysia, perkara yang kerap diberi perhatian adalah penerimaan masyarakat terhadap sistem yang ada kerana kalau orang Melayu banyak memberatkan kepada pendidikan agama, budaya dan bahasa.

Orang Cina pula mementing pencapaian terbaik dalam Matematik dan Sains serta Seni manakala orang India mengutamakan pencapaian Sains dan undang-undang (Sejarah).

Namun begitu, rata-rata masyarakat kita mementingkan jumlah ‘A’ yang anak mereka mesti peroleh dalam sesuatu peperiksaan dan tidak lagi berpaksikan kepada bangsa.

Mengenai perkembangan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga telah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kini.

Namun, tulisan Siti Soraya Lin itu bolehlah dijadi subjek pendidikan perbandingan yang ditawarkan dalam proses pembelajaran di universiti

ZULKAS

Kuala Lumpur