Keringat, darah dan air mata guru telah membantu ramai yang menikmati kerjaya hebat dalam menjalani kehidupan berjaya dan memuaskan.

Ramai juga yang berpendapat ada guru yang tidak berintegriti dan kredibiliti mereka meragukan. Malah, ada yang tidak yakin dengan kemampuan guru dalam memastikan anak-anak bersedia menghadapi dunia nyata selepas tamat persekolahan.

Apabila pelajar terlibat dengan jenayah seperti rompakan, rogol, kumpulan samseng, penyalahgunaan dadah, pembunuhan dan lain-lain, orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap guru. Namun, patutkah kita menyalahkan guru di atas apa yang berlaku?

Adakah disebabkan dasar yang dikatakan berorientasikan peperiksaan menjadikan pelajar terlalu tertekan untuk cemerlang? Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem pendidikan telah disemak semula sementara kurikulum, sukatan pelajaran, subjek, pendekatan dan piawaian baharu telah dilaksanakan.

Usaha-usaha ini untuk memenuhi keperluan milenium dan generasi celik teknologi menjalani gaya hidup dan belajar secara berbeza berbanding dahulu.

Realiti ini menimbulkan cabaran besar buat guru yang perlu mengadaptasi dan menyesuaikan kaedah pengajaran terbaik bagi membentuk pemikir kreatif dan matang.

Pelajar bermotivasi penuh bertenaga mahu menyerap ilmu. Sebaliknya pelajar tidak bermotivasi, gagal atau sengaja tidak mahu memahami pendidikan yang akan membantu mereka menyinar kelak.

Pengetahuan adalah penting kerana ia berfungsi sebagai ramuan hati, minda dan jiwa tidak kira betapa kecil atau besarnya bahagian yang diperoleh oleh pelajar ketika mereka bersekolah setiap hari.

Pendidik sejati perlu sentiasa cemerlang apabila berurusan dengan pelajar yang sukar dan yang mempunyai pelbagai masalah. Pendidik sejati tidak akan lari daripada tugas atau mudah goyang disebabkan tekanan mendidik kerana mereka percaya ‘sinar pelangi’ akan mewarnai kehidupan pelajar mereka kelak.

PEJUANG GURU