Keluhan dan rasa terkilan yang diluahkan oleh PENDENGAR RADIO KLASIK kerana dalam pertandingan akhir tersebut tiada lagu irama 40-an, 50-an dan 60-an yang dinyanyikan oleh peserta mahupun artis jemputan.

Sukacita dimaklumkan, format keseluruhan pertandingan tersebut telah mengambil kira kategori lagu yang dicadangkan tetapi format pertandingan dibahagikan kepada tiga peringkat atau pusingan.

Pusingan awal siaran pada 13 dan 20 Ogos 2016 (TV2), peserta diwajibkan menyanyikan lagu-lagu Melayu Klasik irama 50-an dan 60-an, sementara peringkat separuh akhir pada 27 Ogos 2016 juga siaran melalui TV2, peserta dikehendaki menyanyikan lagu-lagu era 60an dan 70-an.

Sementara itu, pertandingan akhir Malam Kemuncak Bintang Klasik Kaseh, lagu dipertandingkan dikhususkan irama Melayu 70-an dan 80-an.

Walau bagaimanapun Radio Klasik mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan sebarang saranan atau cadangan daripada para pendengar dan penonton ke arah pemantapan serta penambahbaikan format pertandingan yang akan diadakan pada masa akan datang.

JABATAN PENYIARAN

Kuala Lumpur