MERUJUK kepada teguran dan saranan CHE’MEK GN dan ALFA ROMEO dalam SMS MMS ANDA Utusan Malaysia bertarikh 22 April 2016 agar Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) tidak menyelitkan segmen temu bual dalam Berita Nasional di TV1.

Terlebih dahulu, pihak kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap berita yang disiarkan di RTM. Terima kasih juga atas cadangan yang diberikan supaya mengekalkan format lama Berita Nasional di TV1 dan tidak diselitkan dengan temu bual.

Untuk makluman, Berita Ehwal Semasa (BES) sentiasa meningkatkan kualiti kandungan dan siarannya dan dalam proses penambahbaikan dari semasa ke semasa serta mengambil kira pandangan umum.

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Kuala Lumpur