Pengeluaran Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah salah satu daripada pelbagai kaedah bayaran balik yang disediakan PTPTN.

Lebihan bayaran peminjam telah pun diremitkan oleh PTPTN sementara pihak KWSP sedang dalam proses mengkredit kembali jumlah pemulangan tersebut ke akaun ahli secara berperingkat sehingga 30 April 2017. Ahli boleh membuat semakan penyata KWSP mereka dari semasa ke semasa.

PTPTN juga sedang membuat proses pemulangan lebihan bayaran dan diskaun kepada peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain seperti perbankan internet, potongan gaji atau pembayaran di kaunter.

Sehubungan itu, peminjam yang terlibat diminta untuk mengemaskini maklumat akaun di dalam portal rasmi PTPTN di ruangan ‘Semakan Lebihan Bayaran’.

PTPTN sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Bagaimanapun, peminjam digalakkan untuk mengemukakan aduan secara dalam talian dengan klik ikon ‘Aduan’ pada portal rasmi PTPTN atau icare.ptptn.gov.my.

Sekian, terima kasih.

RINA ABD RAHMAN

Pegawai Perhubungan Awam

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional