Projek tersebut menempuh pelbagai halangan yang melewatkan siap dibina. Pihak pemaju, Kemajuan Zamin Sdn. Bhd. pada minggu lalu menghubungi para pembeli serta mula mengedarkan surat meminta hadir untuk memeriksa rumah masing-masing sebelum kunci diserahkan kepada mereka.

Setelah menunggu hampir tujuh tahun untuk siap dan melalui pelbagai halangan dalam fasa pembinaannya seperti masalah teknikal, kelewatan mendapatkan sijil layak menduduki (CCC), akhirnya pihak vendor berjaya menyiapkannya.

Taman Dataran SSI Kinding disifatkan sebagai antara kediaman terendah dijual di Perak. Ia terletak 20 kilometer dari bandar raya Ipoh.

Mula dibina pada 2013 yang mana kos ditanggung pembeli dapat diturunkan kerana pembinaannya mendapat subsidi daripada Kerajaan Negeri Perak melalui SSI yang menyediakan tanah.

Pembeli juga disifatkan bertuah kerana harga rumah itu kini naik kepada RM130,000 hingga RM250,000 berbanding harga belian RM65,000 hingga RM140,000, tujuh tahun lalu.

Walaupun pembeli menunggu lama tetapi pembelian itu disifatkan munasabah. Pihak pemaju berjaya menyiap dan memuas hati para pembeli.

Pihak vendor juga sudah memulangkan semula pegangan 10 % harga rumah dibuat oleh pembeli sebelum ini yang diluluskan pinjaman 100 % oleh pihak pembiaya.

Wang deposit itu boleh digunakan untuk mereka memasuki rumah baharu. Kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi pastinya menggembirakan para pembeli.

Selesai serahan kunci kepada para pembeli, mereka diberi jaminan selama dua tahun oleh pemaju terhadap apa-apa juga kerosakan untuk dibaiki.

Kerisakan ini dilakukan tanpa mengenakan caj tambahan kecuali jika rumah itu diubah suai secara besar-besaran dalam tempoh tersebut.

TETUAN YOSRI 
BIN ABU MAHSIN

Ipoh