Selepas dimuat naik maka ramailah netizen yang akan memberi komen dan kebanyakan mereka menyebelahi pembangkang berbanding menyokong kerajaan. Pernah saya memberi komen yang menghentam pembangkang dengan fakta-fakta tepat. Seperti dijangkakan, komen saya itu akan dipadam.

Saya percaya Red Bean Army adalah dalang di sebalik semua ini dan seharusnya pihak kerajaan lebih giat memerangi tentera siber ini. Realitinya sekarang, pengundi muda tidak lagi menonton televisyen atau mendengar radio.

Akibatnya mesej kerajaan sukar sampai ke sasaran. Selain itu, penerangan dengan fakta sebenar oleh pihak kerajaan khususnya dalam platform media sosial perlu giat dijalankan. Tujuannya untuk memudahkan akses antara kerajaan dengan generasi muda. Jika tidak, generasi muda akan terus terpengaruh dengan berita-berita palsu yang disebarkan melalui media sosial.

AZMI SULAIMAN
Kangar, Perlis.