Sebagai pengguna pengangkutan awam, saya dapati ada pemandu teksi di negara ini yang bersikap kurang sopan apatah lagi kepada pelanggan mereka yang sedang terdesak.

Kenyataan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri sebagai seorang pelajar di sebuah IPTA di Melaka di mana kebiasaan harga tambang bagi perjalanan dari Alor Gajah Sentral ke Lendu RM10 tetapi terdapat sesetengah pemandu teksi yang menaikkan harga tambang sehingga dua kali ganda.

Mereka tidak mahu bertolak ansur dengan harga tambang yang dikenakan terutamanya apabila mereka melihat pelanggan dalam keadaan terdesak.

Oleh itu, para pelanggan lebih cenderung untuk memilih kereta Grab kerana tambang yang dikenakan adalah tetap.

Juga, perwatakan pemandu Grab lebih disenangi.

Pemandu teksi seharusnya memikirkan alternatif lain.

Ini termasuk bertukar menjadi pemandu Grab kerana ini kehendak majoriti rakyat.

 

LAILY MULIATY ALIZAM

Melaka.