Sampaikan ada pihak yang mengatakan semua pemandu teksi tersebut bersifat biadab. Sebelum kita hendak menyalahkan pemandu teksi terbabit, kita juga perlu faham mengapa mereka bertindak sedemikian.

Mereka marah kepada Dr. Mahathir dan PH yang telah berbohong serta menipu khususnya kerana tidak menunaikan apa yang dijanjikan seperti dalam manifesto PH ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebelum kita hendak tuduh dan marah, fikir dahulu. Jangan ikut sedap mulut sahaja. Pepatah Melayu ada mengatakan terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sebenarnya apa yang mereka lakukan itu memang patut dan wajar kerana perbuatan menipu menjadikan seseorang itu munafik.

Secara umumnya, bermula hari ke-101 kerajaan PH memerintah, semua wakil rakyat beragama Islam dalam kerajaan telah menjadi munafik kerana secara sedar telah menipu dan tidak menunaikan janji kepada pengundi.

USTAZ

Johor